Butik Q'Sara Online - Koleksi Baju Kurung Moden, Blouse, Tudung Terkini. Gedung Butik Maya Wanita Eksklusif !

Carian

Go to content

TERMA dan SYARAT


Return Policy (Polisi pemulangan)

1 - Produk yang telah dibeli dari butik QSara tidak boleh ditukarkan KECUALI :

  • produk berkenaan mengalami kecacatan (defect) kilang ;
  • saiz yang ditempah tidak sesuai;


2. Produk yang hendak ditukar perlulah dikembalikan dalam:-

  • Tempoh 3 hari dari tarikh penerimaan produk. (Rujuk rekod poslaju)
  • Produk mestilah dalam keadaan terbaik dan masih berbalut plastik asal.
  • Tiada kecacatan di atas material, koyak, atau rosak atas sebab-sebab pos dan kesilapan pembeli dsb.
  • Tiada perubahan warna pada produk.
  • Produk mestilah tidak dibasuh.


3
. Kos pemulangan (Samada melalui Pos/Courier) adalah ditanggung sepenuhnya oleh pelanggan termasuk kos penghantaran semula barangan kepada pelanggan.

Polisi/ Jaminan Kualiti dan Penghantaran

4. Polisi kami sentiasa menjamin setiap barangan yang akan dihantar kepada pelanggan akan diperiksa kesempurnaan kondisinya, kualiti terbaik dan tiada kecacatan. Kecacatan/Kerosakan atau kehilangan barangan disebabkan oleh proses penghantaran (PosLaju/Qourier) bukan tanggungjawab Butik Q'Sara kerana di luar kawalan kami. Pelanggan dinasihatkan mengambil insuran bagi melindungi setiap penghantaran. Tambahan kos dikenakan (Rujuk pihak Pos).

Jaminan Stok Barangan

5. Pusingan stok bagi barangan yang ditawarkan di laman ini amat pantas. Pelanggan dinasihatkan menghubungi kami untuk mengesahkan stok terlebih dahulu sebelum membuat tempahan. Butik Q'Sara tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya barangan yang ditempah kehabisan stok. Pihak kami akan sentiasa memastikan pengurusan stok pada tahap terbaik.

Terma Penggunaan Laman Web Butik QSara

6. Pelanggan Butik Q'Sara dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang digariskan di dalam laman web ini.

LAMAN UTAMA | VARIASI PRODUK | Q'SARA SPECIAL | NEW ARRIVAL | @LAST CLEARANCE SALES! | SHOPPING CART | BAGAIMANA CARANYA | TERMA dan SYARAT | Site Map


Back to content | Back to main menu