HUBUNGI KAMI
Butik Q'Sara
(AS0334898-V)
326, Taman Berjaya,
Jalan Pegawai,
05050 ALOR SETAR, Kedah.
Phone :
013-4000565 (AnieZ)
013-4000575 (Fauzi)
e-mail :- butikqsara@gmail.com
________________________________________________________
TERIMA KASIH DI ATAS KUNJUNGAN ANDA!
Butik Q'Sara Online - suatu dimensi baru laman maya berkonsepkan butik dalam talian bagi anda mencipta kelainan gaya setiap hari.
Kami menawarkan dan menggayakan fesyen terkini dan terbaik untuk wanita moden seperti anda tampil bergaya pada harga mampu melalui tawaran-tawaran hebat kami pada setiap bulan.
________________________________________________________________________________
@LAST PROMO!!
PENGHABISAN STOK
POTONGAN SEHINGGA 50% UNTUK SEMUA ITEM
CEPAT! CEPAT! CEPAT!
________________________________________________________________________________
HUUR COLLECTION KINI DI BUTIK Q'SARA
Kami menambah satu lagi koleksi menarik dari HUUR Collection untuk anda. Gaya Urban Arbaya sebagai pilihan terkini buat anda yang ingin mencipta kelainan gaya feminin muslimah.
KLIK DISINI
________________________________________________________________________________
CHATTING ZONE
TERKINI!


FESYEN YANG MENARIK UNTUK ANDA?
Bercakap tentang fesyen lebaran musim terbaru ini, banyak pereka tempatan tentunya menyajikan pelbagai pilihan. Masing-masing mempersembahkan rekaan dan trend terkini.
Di Butik Q'Sara misalnya, fabrik lycra sutera menerusi pemilihan warna kusam namun disatukan menjadi rekaan busana yang cukup indah sifatnya.
Sesuai untuk wanita berfigura menarik, cantik dan menawan.
Untuk di pagi raya, khususnya ketika sembahyang sunat raya diikuti menziarahi kubur, baju kurung tradisional menjadi pilihan.
Pilihan warna dan fabrik yang selesa serta serta sejuk menjadi pilihan. Kebiasaannya seisi keluarga akan memilih warna yang sedondon.
Q'Sara menyediakan baju kurung pesak gantung daripada kain lycra, baju kurung butang daripada fabrik jersi.
Bagi yang selesa dengan koleksi baju polos, baju kurung lisu dan kedut antara pilihan yang sesuai di samping menyerlahkan keanggunan bentuk badan.
Pada petang raya pula, kebanyakan wanita gemarkan koleksi yang lebih longgar, santai dan selesa.
Antara pilihan yang baik ialah blaus panjang yang dipadankan dengan seluar.
Jubah satin dan jubah belah tepi antara gaya kasual dan ceria di Aidilfitri.
Sementara itu, untuk menghadiri rumah terbuka, pilihan busana yang lebih glamor dan meriah dengan manik-manik menjadi keutamaan.
Kebiasaannya, baju kurung moden sifon dan kaftan dapat menyerlahkan penampilan. Perincian manik menjadi pilihan untuk gaya kurung sifon moden. Tidak ketinggalan, kaftan sifon kedut tengah dan lurus menyerikan suasana rumah terbuka.
by: ButikQ'Sara
PAUTAN
TRAFFIC FEED
KADAR PERTUKARAN MATAWANG
![]() |